Data Peribadi Yang Dikehendaki

Melainkan dinyatakan sebaliknya, anda diwajibkan untuk memberi kepada kami semua maklumat yang diminta daripada anda. Sekiranya anda gagal memberikan maklumat yang diminta, kami tidak dapat meneruskan satu atau lebih tujuan yang terdapat dalam bahagian "Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda" untuk anda.

Persetujuan untuk Pemprosesan Data

Anda bersetuju bahawa data peribadi dan DATA PERIBADI SENSITIF boleh dikumpulkan, digunakan, dan dizahirkan oleh Recruit Co., Ltd. dan anak-anak syarikatnya atau syarikat-syarikat berkaitan (termasuk Agensi Pekerjaan RGF Executive Search Malaysia Sdn Bhd) dan penyedia perkhidmatan dan ejen mereka (atau mana-mana orang lain yang dinyatakan di dalam Polisi Privasi Global ini) untuk tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi Global ini. Anda menjamin bahawa, jika anda telah menzahirkan data peribadi pihak ketiga (contohnya saudara terdekat, rakan atau rujukan kepada Recruit Co., Ltd. dan / atau anak syarikatnya atau syarikat berkaitan (termasuk Agensi Pekerjaan RGF Executive Search Malaysia Sdn Bhd.) yang berkaitan dengan tujuan yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi Global ini, anda telah memperoleh persetujuan terdahulu daripada pihak ketiga tersebut untuk Recruit Co., Ltd. dan anak-anak syarikatnya atau syarikat yang berkaitan (termasuk Agensi Pekerjaan RGF Executive Search Malaysia Sdn Bhd) dan penyedia perkhidmatan dan ejen mereka (atau mana-mana orang lain yang dinyatakan dalam Polisi Privasi Global ini) untuk mengumpul, mengguna, dan menzahirkan data peribadi sedemikian untuk tujuan tersebut, mengikut mana-mana undang-undang, peraturan dan / atau garis panduan yang berkenaan.

Pemindahan Data

Anda dengan ini bersetuju bahawa Recruit boleh memindah data peribadi anda kepada pihak ketiga di luar Malaysia (contohnya China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Singapura, Taiwan, Thailand, Filipina dan Vietnam) dalam situasi yang dinyatakan dalam "Bagaimana Kami Berkongsi Data Peribadi Anda".